Lombok, Terkenal Dengan Destinasi Pelancongan Halal

Utusan Borneo (Sabah) — BAYANGKAN kalau anda berada di Lombok, waktu pagi hari di tengah sawah padi nan menghijau. Atau katakanlah pada suatu senja anda melihat matahari terbenam dari pantai Senggigi atau Gili Trawangan, Pernah ke Pantai Mandalika, melihat betapa cantiknya keindahan alam atau mendaki puncak Gunung Rinjani dari Torean?

Jika anda pecinta budaya, jangan lupa ke perkampungan Orang Sasak. Lombok terkenal dengan banyak hal yang menarik. Di pulau seribu masjid itu, anda tidak perlu ragu semua makanannya halal. Sebab itu, Lombok juga dikenali sebagai hab halal.

Cuma sekarang, kita hanya boleh membayangkan hanya dengan imaginasi kerana Ketika ini penerbangan ke Lombok masih terhenti akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.


“Musim pandemik seolah merupakan sebuah refresh dari pariwisata (pelancongan) Lombok. Kesempatan ini dimanfaatkan untuk menata kembali destinasi pariwisata, menggunakan waktu ini untuk Menyusun agenda dan strategi promosi dan mengupayakan agar apa yang dilakukan di musim pandemic, berdampak cukup signifikan bagi kemajuan pariwisata Lombok,” kata Baiq Fakhira Fitradila atau Tata, pelajar pengurusan perniagaan dari Kota Mataram yang kini menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang pengurusan perniagaan.

Untuk membaca versi penuh, sila kunjungi:

https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20201008/281492163778435

(The news posted on Oct 8th, 2020)

 

Comments

Popular Posts